Lately cuaca asik mendung je..mcm sama je perasaan dan kehidupan aku skrg ni.. asik mendung je dua tiga hari ni.. hopefully keadaan ni akan bertukar menjadi ceria seperti sedia kala.. Amin..
Semalam ma kene admit lagi...kusut betul kepala ni...
Wednesday, November 11, 2009
Mendung
Posted by Cheq Sue at 11:53 AM 0 comments
Thursday, November 5, 2009
Family Day Sunway Group
ini cerita hari Ahad minggu lepas 1st November 2009
Tahun ni Sunway Group buat Family Day dekat Sunway Lagoon, dan kali ni kali - 2 aku join this event. Tahun ni kurang seronok sebab ma ngn abah tak join, Arif pun tak sempat nak main air, tok abah dah bawa balik. Abah terpaksa jaga ma yang baru lepas operate kepala. Aku of coursela pergi dengan abg. Tiket banyak lebih sebab tak semua adik beradik abg boleh join. So abg bawa member dy Abg Ya (tanpa pengetahuan Kak Ya ni, mintak2la selamat menjadi rahsia sampai bile2). Kakak pulak bw ehem ehem dy.
ni wajib pakai. sape2 yang daftar dapatla masuk free.
ni loker yang bagi aku mcm mahal..sekali bukak RM5. kalau nak pakai lagi kene bayar lagi. tp ade jugak loker yang kite boleh amik permenant...maksudnye berapa kali nak bukak tutup pun boleh.rege dy RM15
seronok betul tgk my hubby ni.. the encem man in my world
aku bersama adik ipar ku farah n farihan
dyorg berdua ni je yang byk bergambar.aku ni tukang amik gambar je..
ni pulak kakak bersama en abgnye...
hmm yang tengah tu abg ya. Kawan baik en abg. Rahsia tetap rahsia ye Abg Ya. Untuk pengetahuan semua isteri abg ya tgh berpantang kat kampung. Mereka dpt sorang lagi hero. Abg Is dah dapat adik baru.. Dun noty2 tau. Anyway congrate's ye.
akhirnya dapat jgk kami bergambar berdua.
Posted by Cheq Sue at 10:43 AM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
Bowling Time
Seronok betul dapat main bowling. Hari Jumaat lepas aku ade tournament bowling. Dah lama betul tak main bowling.Abih lenguh segala badan. Aku ditemani adik iparku. Kalau tidak susah jgk nak dapat pelepasan dari abg. Teruk betul permainan aku malam tu. Frust betul... Hmm tak pela nanti nak ajak abg main sekali.
hahha kelakar betul la..mcm la terrer sgt....action je lebih
dah nak balik dah time ni..
Posted by Cheq Sue at 3:15 PM 0 comments
Ke mana menghilang
Selamat Kembali!!! wah dah berapa lama aku tak update blog aku ni. Sebenarnya aku terlupa password blog ni..dah puas fikir tp tak jugak ingat password masuk blog ni. Sabar je la. Nampak sangat main-mainkan. Lagi satu semangat nak meng'create' blog ni dah hilang ntah ke mana. Hmm tak pe azam baru bulan November ni aku akan rajinkan diri untuk mengupdate blog aku ni...
Posted by Cheq Sue at 1:09 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
Hujan oh Hujan
Hari ni aku lambat masuk opis. kul 8.40 pagi baru sampai.(mintak maap bos, jalan jem) Disebabkan hujan yang tak benti2 dari pukul 4 pagi aku kene pg kerja sendiri. Sedih betul la. Baru semalam berhajat nak suruh hubby hantar di bulan puasa ni. Walaupun dah 2 hari kami berbasah sbb hujan petang. Tapi aku tak kisah sgt asalkan sampai awal. Kalau asik hujan je pagi-pagi nampak gaya nye kene drive sendiri la. Malas betul la nak harung jalan jem kalau time balik kerja. Papepun akan aku hadapi dgn sabar... Tak baik merungut banyak2kn.
Posted by Cheq Sue at 2:34 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Perjalanan yang amat cepat dan lancar
Hehehe... Pagi ni masuk hari ke 2 aku pergi kerja naik motor.. (Thanks ye abg tolong hantar mi g kerja... Tenkiu i luv u ) Walaupun tempat kerja kami tidak sehaluan dan waktu pun tak sama, hubby aku merajinkan diri untuk bangun pagi hantar aku. Biasanya aku mesti kene drive sendiri pergi kerja. Tapi bulan puasa ni traffic jam nye amat la menyakitkan hati aku. Tambah lagi dengan panas cahaya matahari (banyak merungut pulak bulan2 pose ni ) Biasanya perjalanan pulang aku dari mahkamah ke rumah aku tak sampai setengah jam. Tapi bulan puasa ni perjalanan yang tak sampai setengah jam tu dah jadi satu jam 45 menet. Betul2 menguji kesabaran aku..
seksok hantar mi lagi ye bang..
Posted by Cheq Sue at 8:45 AM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
Ramadhan
Ramadhan menjelma lagi.. Kejap je masa berlalu.. Tahun ni merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai seorang isteri. Walaupun aku 'bercuti' terpaksa jugak bangun sediakan sahur untuk suamiku tercinta Mr Hubby Kalau dulu boleh tido dgn tenang hati... sekarang ni tidak lagi
Hari-hari kene pk nak masak ape untuk berbuka dan bersahur...Hubby aku ni kalau boleh setiap hari suruh aku masak. Semenjak bulan puasa ni aku belum berkesempatan lagi nak menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Ni baru minggu pertama puasa.. Minggu-minggu akan datang menu ape lagi nak masak. Aduyai.. Aku ni bukan la expert sangat memasak ni. Sekadar masak yang simple2 tu boleh la. Kalau nak masak kari, lemak bagai tak berapa pandai lagi
Apa -apa pun Happy Fasting untuk semua. Semoga puasa kita tahun ini lebih baik daripada tahun2 yang sebelumnya.
Posted by Cheq Sue at 11:45 AM 1 comments
Tuesday, August 25, 2009
Ma a.k.a Ibu Mertuaku...
Harini ma ade appointment untuk buat scan MRI untuk kali kedua..Dr. Sani ( doktor pakar neurologi di HUSM ) suspek kemungkinan ade lagi ketumbuhan pada kepala ma.. Nauzubillah... Kebetulan time tu turn aku yang jaga ma...Aku balik kampung untuk melawat jenazah nenek aku yang meninggal 30 July 2009 lepas. Terkejut jgk bila Dr. Sani ckp mama awak ni kene buat MRI untuk kali kedua. .(MRI tu dalam erti kata lain x-ray 3D..untuk menyenangkan doktor mengenalpasti ketumbuhan yang tumbuh berpunca dari mana, so kalau nak buat operation, bila dah buat MRI ni akan memudahkan kerja doktor) Keadaan ma masa tu amatla menyedihkan.Nak bangun duduk atas katil pun kene ade org yang tolong. Pendek kata semua kerja yang dy nak buat terpaksa dengan bantuan org lain.
Banyak cerita-cerita sedih aku tahun ni..Ma jatuh pengsan 3 hari sebelum aku diijabkabulkan dgn hubby aku.. Hubby bawa ma ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih, Kelantan dan doktor sahkan ma kene stroke. Ma di admit selama 3 hari.. pagi waktu kami dinikahkan ma ade kat hospital.. Tengahari setelah selesai majlis baru ma boleh discharge. Sedih bila majlis tu berlangsung ma tak de bersama kami.
Selama sebulan lebih abah (bapa mertuaku) berulang alik dari KL ke Kelantan sbb nak jenguk ma.. Mok (nenek hubby) upah tukang urut stroke untuk urut ma.. tp keadaan ma makin hari makin teruk.Ubat yang dibekalkan pun tak boleh nak kurangkan sakit ma.. Kalau ma makan mesti dy akan muntah... ma mcm hilang upaya. Kaki tangan tak boleh gerak. Sebelah badan ma kaku. Penglihatan pun semakin hari semakin teruk.. Ya Allah dugaan apakah yang Engkau telah berikan. Kami anak-anak dan family hanya mampu melihat kesakitan yang ma tanggung. Ma ckp mcm ade taring harimau gigit kepala dy. Kadang-kadang tak boleh nak digambarkan kesakitan yang ma tanggung.
Sampaila satu tahap ma mintak untuk buat medical check up..ma rase diri dy takde perubahan sikit pun terutama sakit di kepala walaupun dah ramai org dtg mengurut dy.. So family buat keputusan untuk bawa ma g medical check up untuk kali ke dua. Keputusan yang kami dapat amatla mengejutkan. Terdapat ketumbuhan sebesar bola ping pong di kepala sebelah depan. Ma dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian seta merta.
Lepas ma di operate keadaan ma Alhamdullilah beransur sihat. Dah boleh jalan sendiri,makan sendiri, mata pun boleh tgk dgn jelas. Syukur pada Tuhan.
Tapi setelah 4 bulan lebih berlalu, ma mengalami muntah2 yang amat teruk dan sakit kepala yang amat sgt... abah amik keputusan untuk bawa ma balik ke HUSM setelah sebulan ma dibawa balik ke KL. Ma dimasukkan terus ke wad. Setelah seminggu lebih di wad ma dibenarkan discharge. 3 hari ma dikampung keadaan ma semakin teruk. Hubby (hubby aku bercuti tanpa gaji untuk jaga ma dikampung.) bawa ma ke hospital semula. Kemudian discharge setelah 4 hari admitted. Dan hari ni ma ade appoinment di HUSM untuk buat MRI. Keputusan MRI mengambil masa seminggu. Doakanla keputusan yang akan kami terima mengembirakan. Tak sanggup rasenye tgk ma terpaksa di operate untuk kali ke-2.
Cukupla dulu cerita untuk post yang ni...nanti2 aku sambung lagi...
Posted by Cheq Sue at 2:59 PM 0 comments
Blog baruku
Hari ni aku berjaya buat blog baru...termasuk yang ni, aku dah ade 3 blog..2 lagi tu senantiasa aktif cuma jarang update gambar...
Dah lama terniat dihati nak create blog sendiri tapi masa tak mengizinkan ditambah pulak dgn tahap kemalasan yang tinggi..hehehe... tp harini semangat dtg berkobar2... sebenarnye two weeks ago aku dah daftar blog ni,tp tak de idea nak tulis..so aku tangguh lagi..Alhamdulillah hari dgn bantuan kakakku tercinta aku dpt create story morry kat blog ni..
Posted by Cheq Sue at 1:57 PM 0 comments



